Petikan mengenai persahabatan dan kasih sayang. Ini adalah satu
pengertian yang luas pengertiannya. Kadangkala, kita lupa yang
sahabat yang pernah berjasa pada kita tapi oleh kerana terjadi sedikit
rasa tersinggung / berkecil hati, kita akan buangkan terus dalam
ingatan kita. Bertapa kejamnya tindakan kita, sekiranya ianya
berlaku pada kita. Harap-harap tidak berlaku dalam hidup kita
seharian.
PERSAHABATAN DAN KASIH SAYANG I
Istilah-istilah yang hampir sama dengan `sahabat':
Kawan (kawan sepermainan, kawan sebilik)
Teman (teman sepermainan, teman sebilik)
Rakan (rakan kongsi)
Rakan saing
Tetapi Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Setengah jemaah juga
begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat.
Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat penting kerana ia
merupakan salah satu dari cara mendapat taufik, setelah mendapat
hidayah. Ada empat
cara yang dikemukakan Imam Ghazali:
Mencari guru mursyid / firasat
Mencari sahabat yang tidak memuji ketika berjaya dan menegur dengan
hikmah apabila melakukan kesalahan
Menjadikan musuh sebagai cermin
Mengambil iktibar dari keadaan sekeliling.
Asas persahabatan: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT:
· Wajib: tak buat berdosa, buat dapat pahala. Oleh itu mesti buat.
· Sunat – buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa. Oleh itu
elok buat. Tambahlagi ia penyebab mendapat cinta dan bantuan Allah
SWT
· Haram – buat berdosa, tinggalkan dapat pahala. Oleh itu mesti
tinggalkan. Misalnya dosa-dosa anggota lahir yang 7 dan anggota
bathin.
· Makruh – buat tidak dapat apa-apa, tinggalkan dapat pahala.
Oleh itu elok tinggalkan.
· Harus – buat tidak buat tidak mendapat apa-apa kecuali kiranya
ia boleh dijadikan ibadah. Misalnya, makan.
Asas persahabatan ini terangkum
dalam aqidah, syariat dan akhlak.
· Aqidah (dari Ilmu Tauhid): takutkan Allah SWT (neraka,
terputus cinta dan kasih sayang, terputus bantuan, etc). Kaedah e.g.
sembahyang - sembahyang kerana menghambakan diri kepada Allah
SWT, bukan kerana kewajipan semata-mata bakar
mazmumah, lahir peribadi agung, menaungi sahabat dan masyarakat).
· Syariat (dari Ilmu Feqah): Melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT
· Akhlak (dari Ilmu Tasauf): hapuskan mazmumah, masukkan
mahmudah. E.g. merasa Islam kepunyaan bersama;
orang lain mendaulahkan Islam, kita seronok.
· Tak mungkin persahabatan sebenar akan lahir kecuali
mempelajari ketiga-tiga ilmu fardhu `ain ini.
6- Dari asas persahabatan ini, lahirlah keselarasan dan
kesefahaman, bertunjangkan kepada iman dan taqwa serta ukhwah
Islamiah lahirlah jemaah (Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan
janganlah kamu berpecah belah – Ali Imran (3):103).
7- Dari persahabatan sebegini sahajalah akan lahir kasih sayang
sebenar. E.g.
i- Kasih sayang sahabat terhadap sahabat:
a- Rasulullah terhadap Sayyidina Abu Bakar: "Jika aku boleh
mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya aku mengambil Abu Bakar
menjadi kekasihku, tetapi aku lebih cinta kepada Allah Yang Maha
Tinggi" (Hadith).
b- Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah: Semasa hijrah,
Sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu
mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya.
Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar.
Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.
c- Sepupu Abu Jahm bin Huzaifah terhadap sahabat-sahabat lain –
Dalam peperangan Yarmuk, beliau mengutamakan dua sahabat lain yang
gering dan memerlukan air hingga ketiga-tiganya meninggal dunia.
ii- Kasih sayang remaja terhadap saudara seagama:
a- Seorang remaja zaman Rasulullah s.a.w. mempertahankan maruah
seorang wanita Islam yang diperli oleh sekumpulan pemuda Yahudi hingga
beliau dibunuh dan hampir mencetuskan peperangan antara orang-orang
Islam dan Yahudi.
iii- Kasih sayang pemimpin terhadap pengikut:
a- Rasulullah s.a.w. mendoakan keselamatan penduduk Taif yang
melemparinya dengan batu hingga berdarah, walaupun Malaikat tawarkan
untuk menghempapkan bukit-bukit ke atas mereka. Baginda berdoa: "Ya
Allah, berilah petunjuk bagi kaumku, sesungguhnya mereka tidak
mengetahui".
b- Rasulullah s.a.w. mengampunkan kafir Makkah masa futuh
Makkah, walaupun mereka pernah menyiksa dan membunuh orang-orang
Islam.
c- Ketika hampir wafat, Rasulullah s.a.w. masih menyebut
Ummati… Ummati…Ummati. Itulah kata-kata terakhir Baginda.
d- Sayyidina Umar memikul gandum untuk diberikan kepada janda
dan anak-anaknya yang kelaparan.
e- Sayyidina Umar Abdul Aziz menangis setiap malam memikirkan
tanggungjawabnya terhadap rakyatnya yang miskin, yang sakit, yang
tidak dapat memenuhi keperluan asas, yang teraniaya, tawanan perang,
orang tua, keluarga yang ramai anak, dan sebagainya.
iv- Kasih sayang pengikut terhadap pemimpin: e.g.
· Kasih sayang Sayyidina Ali terhadap Rasulullah s.a.w. -
Menggantikan Baginda di katilnya pada malam Baginda hijrah ke Madinah.
Dalam perang Uhud, Ali melompat masuk ke dalam barisan musuh kerana
mencari Rasulullah s.a.w. yang dikatakan musuh telah wafat.
· Zaid bin Harithah – menampung darah Rasulullah s.a.w. kerana
luka dilempari batu oleh penduduk Taif, takut-takut Allah murka dan
menimpakan bala jika darah kekasih-Nya tumpah di muka bumi.
8- Semua ini merupakan buah kepada ilmu yang membuahkan iman;
iman membuahkan amal; amal membuahkah akhlak; antara akhlak adalah
kasih sayang.
9- Tapak kasih sayang adalah hati. Oleh itu kasih sayang tak
mungkin wujud kecuali hati bersih. Ilmu membersihkan hati ialah ilmu
tasauf.
i- Jaga makanan
ii- Membaca al-Qur`an
iii- Mengingati mati
iv- Mempelajari ilmu – Fathul Mansuli
10- Bila hati bersih, walaupun terasa persahabatan renggang,
mampu melihat pelbagai hikmah di sebaliknya:
Tanda kasih sayang Allah SWT
Peluang menyuluh diri
Peluang mendapat pahala sabar
Peluang mendapat pahala pemaaf
Peluang mendapat pahala mengharap kepada Allah SWT
11- Kasih sayang didapati apabila kita sayang kepada Allah SWT.
12- Apabila ada kasih sayang, sanggup berjuang dan berkorban
habis-habisan hingga nyawa pun sanggup dikorbankan. Misalnya
pengorbanan para sahabat kerana kasih mereka kepada Allah SWT, kepada
Rasulullah s.a.w., kepada Islam, dan kepada umat yang akan datang.
Ketika ditanya oleh isterinya Fatimah puteri Khalifah Abdul Malik
kenapa beliau berdukacita dan menangis, Khalifah Umar Abdul Aziz
menjawab begini:
"Hai Fatimah, aku telah menanggung beban untuk mengurus umat Muhammad
s.a.w baik yang berkulit hitam mahu pun merahnya. Maka lantas
terfikir olehku tentang nasibnya orang fakir miskin yang kelaparan,
orang yang sakit yang terlantar, orang yang bertelanjang yang tidak
berkain, orang teraniaya, orang asing yang menjadi tawanan perang,
orang tua, keluarga yang ramai anak serta harta bendanya sedikit dan
lain-lain seperti mereka itu yang terdapat di seluruh penjuru bumi dan
pelosok-pelosok negeri. Aku ingat, yang Tuhanku akan menanya dan
meminta bertanggungjawabku tentang mereka itu semua pada hari kiamat
kelak, maka aku takut kalau-kalau aku tidak boleh memberikan
keterangan hujjahku, dari itulah aku menangis".
Harap-harap kita boleh mengambil petikan sebagai peringatan dan
iktibar dalam menjalani hidup seharian.
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Thursday, January 24, 2008
Tuesday, January 8, 2008
Ayat Quran yang boleh di amalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa' – Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa' – Ayat 69
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
Surah Toha Ayat 1-5
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa' – Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa' – Ayat 69
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
Surah Toha Ayat 1-5
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Subscribe to:
Posts (Atom)