Friday, February 8, 2008

Tenis?

no communication between the pair? yes!! ;-)
tenis mmg besh utk dimainkn exspecially wktu lapang @ petang until my chief warden, sir Norizan menghalau semua pelatih y ada kat padg =P

to donut y tamak, shazrel y gila kuasa, anis y maintain canteeek, the 'macho' qila, my babe ice kepal n my sweetie ira...my fatty-pair amir...
dont 4get 2 bend ur knees,follow through, n twist ur hip when u hit da ball =P

c u guyz after the holidays...

New t-shirt!

Game over? myb...
=P

Thursday, January 24, 2008

PERSAHABATAN DAN KASIH SAYANG

Petikan mengenai persahabatan dan kasih sayang. Ini adalah satu
pengertian yang luas pengertiannya. Kadangkala, kita lupa yang
sahabat yang pernah berjasa pada kita tapi oleh kerana terjadi sedikit
rasa tersinggung / berkecil hati, kita akan buangkan terus dalam
ingatan kita. Bertapa kejamnya tindakan kita, sekiranya ianya
berlaku pada kita. Harap-harap tidak berlaku dalam hidup kita
seharian.

PERSAHABATAN DAN KASIH SAYANG I

Istilah-istilah yang hampir sama dengan `sahabat':
Kawan (kawan sepermainan, kawan sebilik)
Teman (teman sepermainan, teman sebilik)
Rakan (rakan kongsi)
Rakan saing

Tetapi Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Setengah jemaah juga
begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat.

Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat penting kerana ia
merupakan salah satu dari cara mendapat taufik, setelah mendapat
hidayah. Ada empat

cara yang dikemukakan Imam Ghazali:

Mencari guru mursyid / firasat

Mencari sahabat yang tidak memuji ketika berjaya dan menegur dengan
hikmah apabila melakukan kesalahan
Menjadikan musuh sebagai cermin

Mengambil iktibar dari keadaan sekeliling.

Asas persahabatan: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT:

· Wajib: tak buat berdosa, buat dapat pahala. Oleh itu mesti buat.

· Sunat – buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa. Oleh itu
elok buat. Tambahlagi ia penyebab mendapat cinta dan bantuan Allah
SWT

· Haram – buat berdosa, tinggalkan dapat pahala. Oleh itu mesti
tinggalkan. Misalnya dosa-dosa anggota lahir yang 7 dan anggota
bathin.

· Makruh – buat tidak dapat apa-apa, tinggalkan dapat pahala.
Oleh itu elok tinggalkan.

· Harus – buat tidak buat tidak mendapat apa-apa kecuali kiranya
ia boleh dijadikan ibadah. Misalnya, makan.

Asas persahabatan ini terangkum
dalam aqidah, syariat dan akhlak.

· Aqidah (dari Ilmu Tauhid): takutkan Allah SWT (neraka,
terputus cinta dan kasih sayang, terputus bantuan, etc). Kaedah e.g.

sembahyang - sembahyang kerana menghambakan diri kepada Allah
SWT, bukan kerana kewajipan semata-mata bakar

mazmumah, lahir peribadi agung, menaungi sahabat dan masyarakat).

· Syariat (dari Ilmu Feqah): Melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT

· Akhlak (dari Ilmu Tasauf): hapuskan mazmumah, masukkan
mahmudah. E.g. merasa Islam kepunyaan bersama;

orang lain mendaulahkan Islam, kita seronok.

· Tak mungkin persahabatan sebenar akan lahir kecuali
mempelajari ketiga-tiga ilmu fardhu `ain ini.

6- Dari asas persahabatan ini, lahirlah keselarasan dan
kesefahaman, bertunjangkan kepada iman dan taqwa serta ukhwah
Islamiah lahirlah jemaah (Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan
janganlah kamu berpecah belah – Ali Imran (3):103).

7- Dari persahabatan sebegini sahajalah akan lahir kasih sayang
sebenar. E.g.

i- Kasih sayang sahabat terhadap sahabat:

a- Rasulullah terhadap Sayyidina Abu Bakar: "Jika aku boleh
mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya aku mengambil Abu Bakar
menjadi kekasihku, tetapi aku lebih cinta kepada Allah Yang Maha
Tinggi" (Hadith).

b- Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah: Semasa hijrah,
Sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu
mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya.
Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar.
Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.

c- Sepupu Abu Jahm bin Huzaifah terhadap sahabat-sahabat lain –
Dalam peperangan Yarmuk, beliau mengutamakan dua sahabat lain yang
gering dan memerlukan air hingga ketiga-tiganya meninggal dunia.

ii- Kasih sayang remaja terhadap saudara seagama:

a- Seorang remaja zaman Rasulullah s.a.w. mempertahankan maruah
seorang wanita Islam yang diperli oleh sekumpulan pemuda Yahudi hingga
beliau dibunuh dan hampir mencetuskan peperangan antara orang-orang
Islam dan Yahudi.

iii- Kasih sayang pemimpin terhadap pengikut:

a- Rasulullah s.a.w. mendoakan keselamatan penduduk Taif yang
melemparinya dengan batu hingga berdarah, walaupun Malaikat tawarkan
untuk menghempapkan bukit-bukit ke atas mereka. Baginda berdoa: "Ya
Allah, berilah petunjuk bagi kaumku, sesungguhnya mereka tidak
mengetahui".

b- Rasulullah s.a.w. mengampunkan kafir Makkah masa futuh
Makkah, walaupun mereka pernah menyiksa dan membunuh orang-orang
Islam.

c- Ketika hampir wafat, Rasulullah s.a.w. masih menyebut
Ummati… Ummati…Ummati. Itulah kata-kata terakhir Baginda.

d- Sayyidina Umar memikul gandum untuk diberikan kepada janda
dan anak-anaknya yang kelaparan.

e- Sayyidina Umar Abdul Aziz menangis setiap malam memikirkan
tanggungjawabnya terhadap rakyatnya yang miskin, yang sakit, yang
tidak dapat memenuhi keperluan asas, yang teraniaya, tawanan perang,
orang tua, keluarga yang ramai anak, dan sebagainya.

iv- Kasih sayang pengikut terhadap pemimpin: e.g.

· Kasih sayang Sayyidina Ali terhadap Rasulullah s.a.w. -
Menggantikan Baginda di katilnya pada malam Baginda hijrah ke Madinah.
Dalam perang Uhud, Ali melompat masuk ke dalam barisan musuh kerana
mencari Rasulullah s.a.w. yang dikatakan musuh telah wafat.

· Zaid bin Harithah – menampung darah Rasulullah s.a.w. kerana
luka dilempari batu oleh penduduk Taif, takut-takut Allah murka dan
menimpakan bala jika darah kekasih-Nya tumpah di muka bumi.

8- Semua ini merupakan buah kepada ilmu yang membuahkan iman;
iman membuahkan amal; amal membuahkah akhlak; antara akhlak adalah
kasih sayang.

9- Tapak kasih sayang adalah hati. Oleh itu kasih sayang tak
mungkin wujud kecuali hati bersih. Ilmu membersihkan hati ialah ilmu
tasauf.

i- Jaga makanan
ii- Membaca al-Qur`an
iii- Mengingati mati
iv- Mempelajari ilmu – Fathul Mansuli

10- Bila hati bersih, walaupun terasa persahabatan renggang,
mampu melihat pelbagai hikmah di sebaliknya:

Tanda kasih sayang Allah SWT
Peluang menyuluh diri
Peluang mendapat pahala sabar
Peluang mendapat pahala pemaaf
Peluang mendapat pahala mengharap kepada Allah SWT

11- Kasih sayang didapati apabila kita sayang kepada Allah SWT.

12- Apabila ada kasih sayang, sanggup berjuang dan berkorban
habis-habisan hingga nyawa pun sanggup dikorbankan. Misalnya
pengorbanan para sahabat kerana kasih mereka kepada Allah SWT, kepada
Rasulullah s.a.w., kepada Islam, dan kepada umat yang akan datang.
Ketika ditanya oleh isterinya Fatimah puteri Khalifah Abdul Malik
kenapa beliau berdukacita dan menangis, Khalifah Umar Abdul Aziz
menjawab begini:
"Hai Fatimah, aku telah menanggung beban untuk mengurus umat Muhammad
s.a.w baik yang berkulit hitam mahu pun merahnya. Maka lantas
terfikir olehku tentang nasibnya orang fakir miskin yang kelaparan,
orang yang sakit yang terlantar, orang yang bertelanjang yang tidak
berkain, orang teraniaya, orang asing yang menjadi tawanan perang,
orang tua, keluarga yang ramai anak serta harta bendanya sedikit dan
lain-lain seperti mereka itu yang terdapat di seluruh penjuru bumi dan
pelosok-pelosok negeri. Aku ingat, yang Tuhanku akan menanya dan
meminta bertanggungjawabku tentang mereka itu semua pada hari kiamat
kelak, maka aku takut kalau-kalau aku tidak boleh memberikan
keterangan hujjahku, dari itulah aku menangis".

Harap-harap kita boleh mengambil petikan sebagai peringatan dan
iktibar dalam menjalani hidup seharian.

Thursday, January 17, 2008

Sem Baru Bermula!!!

Lme x update blog aku ni..hehe maklum ajelah sibuk skrg nih...dh start sem baru utk degree aku.
huh lega rsnye semua persoalan pindh mktb mn,dapat bidang apa,suma dh terjwb...
jwpnnye? heh still stay kat IPKB..haha kesian Along n Piji y berebut nk bilik aku...last2,aku dpt balik...Sowii yee :-) migu dpn start la kuliah aku...kurg la masa dpt aku spend tuk sms, borak2.Maaf ye y mn trlibat,adinda aku y aku kasih... Abg sntiasa sayang ayang :-)

jgn lupa budak2 PISMP PJ 08,Khamis ni anta tugasan ttg senaman,regangan n gambar rajah skali.

p/s : aku nk derma darah kat pantai timr skrg nih...huhu

30 Minit untuk Kesempurnaan Kesihatan

PENGARAH penyelidikan, Dr Steven N Blair, melakukan senaman jalan cepat sejauh 300 meter sepanjang koridor bilik hotelnya sebelum menyampaikan ucapan kepada kira-kira 100 orang yang terbabit dalam bidang kesihatan baru-baru ini.

Beliau baru tiba dari Bangkok dan hanya mempunyai kira-kira sejam sebelum simposium ‘Aktiviti Fizikal dan Obesiti’ diadakan petang itu.

Jika ada masa lebih, Dr Blair pasti melakukan senaman jalan dengan lebih lama. Senaman, dengan yang paling ringkas ialah menaiki dan menuruni anak tangga dan bukan semata-mata berjalan, harus menjadi kegiatan harian setiap orang ke arah memperoleh kehidupan lebih sihat.

“Senaman yang terkumpul selama 30 minit adalah apa yang anda perlukan untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko kesihatan,” katanya.

Apa yang beliau maksudkan ‘terkumpul’ ialah masa 30 minit boleh dipecahkan kepada tiga senaman 10 minit setiap satu dalam masa sehari.

Jika senaman itu dilakukan, katanya, orang ramai sekurang-kurangnya akan berada dalam kategori sihat sederhana.

“Lupakan hasrat untuk menjadi kurus. Sememangnya sukar untuk mengurangkan berat badan tetapi seseorang itu masih boleh gemuk dan sihat dengan selalu bersenam,” katanya.

Dr Blair, yang juga pengarah epidemiologi dan aplikasi klinikal di Institut Cooper Bagi Penyelidikan Aerobik di Dallas, Texas, berkata manusia umumnya pantas menyalahkan obesiti bagi pelbagai penyakit kronik dan punca kematian sedangkan ketiadaan kegiatan fizikal yang turut sama bertanggungjawab bagi peningkatan bilangan kematian di dunia, tidak diberi perhatian.

“Fungsi kegiatan fizikal berhubung kegemukan atau obesiti serta status kesihatan disebut-sebut dalam kebanyakan laporan dan cadangan tetapi ia mungkin tidak menerima penekanan sewajarnya.

“Kebanyakan laporan gagal menyebut kegiatan fizikal, terutama kecergasan fizikal,” katanya.

Beliau berkata, cara hidup sihat dan aktif sememangnya dapat mengurangkan risiko bertambah berat badan dan ia sangat berguna dalam program mengurangkan berat badan.

“Tetapi, apa yang ramai tidak sedar ialah ia (kegiatan fizikal) juga memberikan manfaat kesihatan kepada individu yang gemuk atau amat gemuk,” kata Dr Blair, yang juga bertubuh gemuk.

Katanya, satu laporan jurnal yang diterbitkan institutnya dua tahun lalu mendapati daripada 42,000 lelaki pelbagai usia yang dikaji dan dipantau selama 10 tahun, lelaki gemuk yang sihat kurang kemungkinan meninggal dunia dengan cepat berbanding lelaki kurus tetapi tidak cergas.

“Saya berlari setiap hari, kira-kira 35 minit hampir setiap hari. Ketika saya mula melakukan senaman larian, saya bertubuh gemuk dan kini saya masih lagi rendah dan gemuk. Dalam masa 35 tahun, saya sudah berlari lebih 800,000 kilometer.

“Saya berlari lebih jauh daripada 95 peratus lelaki berusia 53 tahun di Amerika Syarikat. Dalam tempoh itu, berat badan saya bertambah 40 paun tetapi saya masih lagi cergas dan sihat,” katanya.

Beliau juga mendapati iklan mengenai produk atau program menguruskan berat badan hanya memberi tumpuan kepada faktor berat.

“Iklan memaksa orang ramai untuk menjadi kurus tetapi tidak semestinya cergas dan sihat,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April, mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa kurang bersenam secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada anggaran 30 juta kematian setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya adalah di negara membangun.

Laporan itu juga menyebut penyakit kronik yang berpunca daripada kurang bersenam, diet buruk dan merokok kini adalah punca utama kematian di setiap pelosok dunia kecuali kawasan Sahara di Afrika dengan Aids masih menjadi ancaman utama.

Mesej yang cuba disampaikannya ialah manusia harus mengamalkan cara hidup sihat.

Laporan itu jelas bersetuju dengan sesetengah hasil kajian institut Dr Blair bahawa kurang aktif dan paras kecergasan kardiorespiratori rendah (CRF) meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan lain-lain penyakit atau keadaan.

“Ini dapat dilihat dalam semua strata Body Mass Index (BMI) dan obesiti kelas II,” kata Dr Blair.

BMI dikira dengan membahagikan berat (dalam kg) dengan ketinggian (dalam meter) padu. Jika BMI adalah antara 24.9 hingga 30, seseorang itu gemuk. Jika BMI lebih daripada 30, seseorang itu dianggap amat gemuk.

Dr Blair berkata, sesetengah hasil kajian itu juga mendapati paras rendah CRF pada lelaki yang gemuk atau amat gemuk adalah sama bahayanya dengan penyakit berbahaya lain seperti diabetes, merokok atau mempunyai paras kolesterol atau tekanan darah tinggi.

Walaupun Dr Blair percaya bahawa diet penting, beliau cenderung untuk mencadangkan supaya diadakan lebih banyak kegiatan fizikal.

Katanya, tidak terlewat bagi mereka yang berusia 100 tahun, warga tua di rumah penjagaan serta yang dalam keadaan kritikal untuk melakukan senaman dan meningkatkan kecergasan mereka bagi membolehkan risiko kesihatan dikurangkan.

Beliau juga mencadangkan program dan cadangan kesihatan awam serta usaha klinikal memberi lebih penekanan kepada kegiatan fizikal.

“Jangan rawat BMI, ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, rawat semua ini -- tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, diabetes, tahap kecergasan yang rendah,” katanya.

Dalam senario rakyat Malaysia, obesiti semakin meningkat. Kira-kira enam peratus rakyat Malaysia dianggap dalam kategori amat gemuk, yang meningkat hampir 10 peratus pada 2000 berbanding 1992.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata dengan penekanan diberikan kepada usaha seperti pemakanan sihat, mengurangkan kolesterol dan glukos dalam darah, adalah penting bagi orang awam sedar dan tahu imej tubuh dan BMI, dalam nilai-nilai normal, bukanlah perkara yang penting.

“Adalah lebih penting untuk memastikan bahawa seseorang itu aktif dari segi fizikal. Manusia harus terus aktif dan membabitkan diri dalam pelbagai bentuk kegiatan yang termasuk senaman jalan pantas, menaiki tangga dan memotong rumput,” kata Dr Tee. --

Sumber nutriweb

Wednesday, January 9, 2008

Maal Hijrah!!!

Alhamdulillah bersyukur kita masih lagi dapat menghirup udara di tahun yang baru ini. Hari ini umat Islam menyambut Ma'al Hijrah bagi tahun 1429 Hijrah dalam kalendar Islam.

Ma'al Hijrah juga dikenali sebagai Awal Muharam, iaitu hari penting bagi umat Islam Seluruh dunia kerana ini merupakan hari pertama dalam kalendar Islam. Ia antara hari penting kerana pada hari berkenaan, berlaku peristiwa bersejarah apabila nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.

Ma'al hijrah membawa maksud perpindahan atau perubahan daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi titik permulaan kepada proses memperbaiki diri sendiri.

moto Ma'al Hijrah pada tahun ini adalah "Menjana Ummah Gemilang"

p/s : kita mulakan dgn 'buku' baru la ye ;-)

Lebih Kilometer dengan Shell?

Mn satu agaknye yang 'terdesak' ye :-)