Wednesday, January 9, 2008

Maal Hijrah!!!

Alhamdulillah bersyukur kita masih lagi dapat menghirup udara di tahun yang baru ini. Hari ini umat Islam menyambut Ma'al Hijrah bagi tahun 1429 Hijrah dalam kalendar Islam.

Ma'al Hijrah juga dikenali sebagai Awal Muharam, iaitu hari penting bagi umat Islam Seluruh dunia kerana ini merupakan hari pertama dalam kalendar Islam. Ia antara hari penting kerana pada hari berkenaan, berlaku peristiwa bersejarah apabila nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.

Ma'al hijrah membawa maksud perpindahan atau perubahan daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi titik permulaan kepada proses memperbaiki diri sendiri.

moto Ma'al Hijrah pada tahun ini adalah "Menjana Ummah Gemilang"

p/s : kita mulakan dgn 'buku' baru la ye ;-)

1 comment:

Unknown said...

ok jgak usaha ko ni.. :-)